Friday, January 2, 2015

QZ8501: Blogger China Ramal Kehilangan Pesawat AirAsia, Angkara Tangan Hitam

Hey guys,

This is a repost of the Malay version of the report of a Chinese guy who had posted on Reddit regarding the unseemly forecast of the attack on Air Asia planes by apparently a group just plainly known as the "black hand" . Who are these people? What kind of organizations are they? 

Here's a copy of the original article by online news portal - Malaysian Digest 

---

.

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog atau 'blogger' misteri China mencetuskan kontroversi apabila dia sudah meramalkan satu pesawat AirAsia hilang iaitu 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang, kelmarin.
Menerusi satu status yang mula menjadi 'viral' dalam kalangan pengguna media sosial, penulis blog tersebut muncul dengan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah lagi pesawat sedang menjadi sasaran oleh kumpulan yang digelar Tangan Hitam ('Black Hand').
Lebih mengejutkan, laporan portal berita antarabangsa Mail Online semalam melaporkan penulis blog itu mendakwa kumpulan Tangan Hitam itu turut bertanggungjawab terhadap dua insiden nahas pesawat milik penerbangan Malaysia, MAS iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Kehilangan pesawat AirAbus A320-200 yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal memasuki hari ketiga, hari ini.

Pesawat berkenaaan dalam perjalanan dari Surabaya ke Singpura dilaporkan hilang sejurus pesawat tersebut meminta menukar laluan berikutan cuaca teruk sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan pada Ahad lalu.

Sejurus status tersebut menjadi ‘viral’, ia menimbulkan reaksi pelbagai daripada orang ramai khususnya pengguna laman sosial yang mempersoalkan ramalan yang dilakukan penulis blog itu.
Kenyataan yang ditulis oleh penulis blog misteri itu mula menjadi viral di laman sosial, RedditKenyataan yang ditulis oleh penulis blog misteri itu mula menjadi viral di laman sosial, Reddit

Bagaimanapun, wujud dakwaan mengatakan bahawa status itu telah disunting semula selepas kehilangan pesawat itu sebelum tersebar di laman sosial.
Dalam pada itu, satu komen pada 15 Disember lalu yang diterjemah salah seorang pengguna forum Reddit menyatakan penulis blog berkenaan telah memberi amaran terhadap kejadian kehilangan pesawat terbabit.
"Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17. Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar, Penerbangan Malaysia.

"Sekarang, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan betapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370." katanya.

- mD

source

No comments:

Post a Comment

Please comment here =)